For more information about the products displayed on this blog, you may contact the blog owner at 012-3464184 (Razak). Most of the items on this blog also available at my online store. Please visit http://www.gnsbullion.com. Purchases should be made from my online store. To purchase from my online store, you have to be a registered customer. Please register here. For offline ordering, please call for prompt reply. Thank you & enjoy your shopping!

Tuesday, January 26, 2010

MAIN KUTU 1 DINAR

Saya ingin berkongsi pengalaman saya tentang kutu dinar yang sudah dibuat di tempat kerja saya. Untuk pengetahuan korang semua, group kutu dinar ini sudah berakhir pada Disember 2009 lepas. Lepas ni nak main kali kedua pulak, hehehehe…. Pengiraan jumlah wang yg perlu dibayar oleh setiap ahli kutu dinar setiap bulan adalah bersamaan dgn harga 1 dinar dibahagikan dengan bilangan ahli kutu dinar.

Di sini ingin saya jelaskan serba sedikit cara kutu dinar ini berfungsi.
6 org sahabat saya telah bergabung dgn saya untuk kutu dinar ini. Caranya mudah sahaja.

Katakan giliran pertama pada bulan ini adalah giliran En. Ali. Saya merupakan pengerusi bagi kumpulan kutu dinar ini. Saya bertanggungjawab dalam urusan kutipan dan membeli harga 1 dinar (public dinar). Harga dinar akan di lock dgn agen public dinar… harga RM546.00. Oleh yang demikian setiap orang perlu membayar RM78.00 (iaitu RM546.00/7 orang = RM78.00).

Untuk bulan berikutnya giliran En. Baderul plak. Katakan harga 1 dinar tu dah turun kepada RM525.00. Maka, harga yg perlu dibayar oleh setiap orang adalah RM75.00 (iaitu RM525.00/7 orang = RM75.00). Begitulah seterusnya utuk giliran yg ke-3, 4, 5, 6 & 7. Harga yang perlu dibayar oleh setiap orang bagi setiap bulan adalah bersandarkan kepada harga 1 dinar yg dibeli itu. Saya ringkaskan kat bawah ni, setiap ahli kutu dinar akan membayar harga 1 dinar tu seperti berikut(ni contoh sahaja tau):

1) Pusingan Pertama = RM78.00
2) Pusingan Kedua = RM75.00
3) Pusingan Ketiga = RM80.00
4) Pusingan Keempat = RM85.00
5) Pusingan Kelima = RM77.00
6) Pusingan Keempat = RM70.00
7) Pusingan Ketujuh = RM68.00

Oleh itu, jumlah harga purata yang dibayar oleh setiap ahli: RM540.00.

Kesimpulannya, secara purata setiap orang akan membayar jumlah yg sama – tidak kira sama ada harga emas naik mahupun turun. Di sinilah cost averaging memainkan peranan. Renung2kan lah.

2 comments: