For more information about the products displayed on this blog, you may contact the blog owner at 012-3464184 (Razak). Most of the items on this blog also available at my online store. Please visit http://www.gnsbullion.com. Purchases should be made from my online store. To purchase from my online store, you have to be a registered customer. Please register here. For offline ordering, please call for prompt reply. Thank you & enjoy your shopping!

Tuesday, June 12, 2012

DAILY PRODUCT PRICE LIST FOR 13 JUNE 2012

Products Catalog

Note: For latest price, please visit our online store at http://www.gnsbullion.com

Tuesday, November 1, 2011

Pembelian Emas Secara Arrahnu (PESA)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Diharapkan para pengikut blog saya yang tak seberapa ni sihat-sihatlah hendaknya. Kali ini saya nak berceritera berkenaan dengan Arrahnu.Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan emas sudah tentu tahu & benar-benar arif apakah itu Arrahnu. Walau bagai manapun, bagi individu yang masih mentah tentang urusniaga emas, mungkin masih belum tahu dan ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan Arrahnu.

Secara ringkasnya Arrahnu bolehlah ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman. Kebiasaannya pajak gadai islam (Arrahn) menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang diberikan kepada penghutang. Penghutang akan dikenakan caj yang dinamakan sebagai upah simpan untuk tempoh tertentu sehinggalah hutang/pinjaman tersebut dilangsaikan oleh penghutang. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai insitusi yang menawarkan kemudahan pinjaman arrahnu. Antaranya adalah Bank Rakyat, AgroBank, YAPEIM & Arrahn (sekadar meyebut beberapa nama). Kadar pinjaman arrahnu dan upah simpan yang dikenakan oleh setiap institusi tersebut adalah berbeza-beza. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlulah bijak membuat pilihan. 

Sebagai contoh: 
En. Ahmad mengarrahnukan Rantai Tangan 999 seberat 100 gram di AgroBank. Kadar semasa harga emas 999 di AgroBank adalan RM 203/gram. 

Oleh itu nilai Marhun (nilai emas) bagi rantai tangan tersebut adalah RM 203/gram x 100gram = RM 20,300.00. 

Nilai maksimum pinjaman yang diberikan oleh AgroBank adalah 70%. Oleh itu pinjaman arrahnu yang En. Ahmad akan perolehi adalah: RM 20,300.00 x 70% = RM 14,210.00. 

Kebiasaannya AgroBank akan mengenakan upah simpan untuk 6 bulan yang pertama. Upah simpan yang dikenakan adalah RM 0.75 bagi setiap RM100.00 pinjaman Arrahnu didarabkan dengan 6 bulan. 
Pengiraannya adalah seperti berikut: 
Nilai Marhun x 70% x RM 0.75/100 x 6 = RM 20,300.00 x 70% x RM 0.75/100 x 6 = RM 639.45.

Oleh yang demikian, jumlah yang perlu dibayar oleh En. Ahmad di akhir tempoh 6 bulan ialah:
Pinjaman Arrahnu + Upah simpan utk 6 bulan = RM 14,210.00 + RM 639.45 = RM 14,849.45.

Sekiranya En. Ahmad berhasrat untuk membayar secara ansuran selama 6 bulan, jumlah yang perlu dibayar setiap bulan ialah : RM 14,849.45 / 6 = RM 2,474.91 sebulan.

Sekiranya En. Ahmad berhasrat untuk membayar pada bulan ketiga, upah simpan hanya dikenakan untuk 3 bulan sahaja. Iaitu : RM 639.45 x 3/6 = RM 319.73. Dengan itu, jumlah yang perlu En. Ahmad jelaskan kepada AgroBank ialah RM 14,210.00 + RM 319.73 = RM 14,529.73. 

Harapan saya agar contoh di atas dapat memberi manfaat yang berguna kepada para pembaca blog ini. 

Seterusnya, apakah kaitannya antara penerangan berkenaan dengan arrahnu di atas dengan tajuk tulisan saya kali ini? Hehehe...tentulah saling berkait. Di samping menjual emas secara tunai, saya juga memberi kemudahan kepada bakal pembeli untuk membeli emas secara arrahnu daripada saya. 

Kenapa perlu membeli emas secara Arrahnu?

1. Untuk mengesahkan ketulenan emas yang saya jual. (terutamanya bagi yang pertama kali berurusniaga dengan saya)

2. Untuk tujuan keselamatan, segala urusan dibuat di AgroBank. ( CCTV kan ada... :) ). Selain itu, emas tuan/puan disimpan di bank, bukan di tangan tuan/puan, jadi tuan/puan tak perlu risau.

3. Tuan/Puan hanya perlu membayar sebanyak 30% sahaja kerana 70% lagi adalah daripada duit pinjaman arrahnu. Ermm...macam mana pulak tu?


Saya akan perincikan apa yang dimaksudkan dengan Pembelian Emas Secara Arrahnu (PESA). Contohnya begini:


Harga Jual Rantai Tangan (RT) Emas 999 bagi berat 100 gram hari ini (02.11.2011) adalah RM 19,140.00 (Harga berubah setiap hari. Boleh refer di link berikut : 999 Gold Bracelet 100 grams (Gajah) )


Pembeli akan membuat pesanan untuk membeli RT Emas 999 tersebut. Katakan 1 utas RT Emas 999. Kita akan berjumpa di AgroBank berdekatan dengan pembeli yang menawarkan kemudahan Arrahnu. (Sila rujuk link berikut : Senarai Cawangan AgroBank). Adalah digalakkan urusan PESA ini dibuat pada waktu pagi.  Untuk pengetahuan semua, harga emas 999 buat masa sekarang di AgroBank ialah RM 203.00/gram.


Di kaunter Arrahnu AgroBank, RT emas 999  tersebut akan diuji ketulenannya dengan menggunakan alat khas yang dinamakan Densimeter. Setelah disahkan ketulenan RT tersebut, pegawai AgroBank akan membuat pengiraan jumlah pinjaman yang akan diberikan kepada pembeli. Resit urusniaga atas nama pembeli juga akan dikeluarkan oleh pegawai. Pengiraannya macam mana yer? Erm...sama jer macam kat atas tadi. Tapi tak mengapa, saya perincikan semula disini:


Jumlah Pinjaman Arrahnu = RM 203.00 x 100 gram x 70% = RM 14,210.00
Upah Simpan 6 bulan = RM 14,210.00 x 0.75/100 x 6 = RM 639.45.
(*Nota: Adalah menjadi tanggungjawab pembeli untuk menjelaskan pinjaman arrahnu dan upah simpan tersebut)


Oleh yang demikian pembeli hanya perlu menyediakan tunai sebanyak RM 4,930.00 (RM19,140.00 - RM14,210.00) bagi membeli RT Emas 999 100 gram manakala selebihnya adalah daripada pinjaman Arrahnu. 


Diharapkan dengan penjelasan ini, para pembaca faham apa yang dimaksudkan dengan PESA. Insya Allah di masa yang lain, saya menulis lagi artikel yang berkaitan dengan emas. Kepada bakal pembeli,  apa lagi anda tunggu? jom lah memborong emas dengan kami. :P


Nota Penting:

  • Emas 999 yang diuji menggunakan Densimeter kadang-kadang akan mendapat bacaan ketulenan yang kurang daripada 999 disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:
  1. Cara emas diuji pada Densimeter.
  2. Rupa Bentuk emas tersebut.
  3. Air dalam takung Densimeter. (Air Masih bersih atau sudah bercampur dengan kotoran daki emas-emas yang diuji sebelumnya)
  4. Berat emas yang diuji (Emas 999 dengan berat 20 gram dan ke atas, Insya Allah akan mendapat ketulenan 999. Ini bukan janji, tapi pasti :) )
  • Buat masa ini, hanya barang kemas sahaja yang diterima untuk arrahnu. Arrahnu untuk emas dalam bentuk bar dihentikan untuk sementara waktu.
    Senarai barangan emas yang kami jual boleh dilihat di www.gnsbullion.com. Tuan/Puan boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut:

    • Razak     012-3464184
    • Syed Asbar     012-3040414